Video Ular Panjat Pokok Ini Buat Ramai Rasa Ngeri

Ular adalah reptilia yang hidup bersendirian dan tinggal di tempat yang mempunyai sumber makanan serta sering bersembunyi bagi melindungi dirinya dari bahaya.

 

Kita semua tahu ular mempunyai pergerakan dengan merayap dalam gerakan berbentuk S pada tanah. Namun pernahkah anda terfikir bagaimana ular memanjat pada pokok yang tinggi?

 

Satu rakaman video telah menjadi tular menunjukkan seekor ular sawa memanjat dengan cara melilitkan tubuhnya pada batang pokok.

video ular panjat pokok ini buat ramai rasa ngeri

video ular panjat pokok ini buat ramai rasa ngeri

Dalam video berkenaan, ular sawa besar itu memanjat pokok palma yang tinggi dengan cara yang melilit dirinya pada batang pokok, melingkar di sekelilingnya, dan kemudian mengangkat kepalanya ke atas. Ia kemudian meneruskan dengan kaedah yang sama dan berjaya memanjat tinggi di atas pokok itu.

video ular panjat pokok ini buat ramai rasa ngeri

Rata-rata penonton yang melihat video berkenaan seakan tidak percaya ular sebenar itu mampu memanjat pokok tinggi dengan cara sedemikian. Malah, ramai juga yang berasa ngeri apabila memikirkan kebolehan ular berkenaan dalam memanjat pokok.

 

 

Sumber: [1]