UK Diserang Pepijat, Banyak Syarikat Kawalan Serangga Menyerah ‘Kalah’

Beberapa kawasan di sekitar United Kingdom (UK) dilapor kini berdepan dengan serangan kutu babi atau pepijat.

uk diserang pepijat, banyak syarikat kawalan serangga menyerah ‘kalah’

Menurut laporan, beberapa individu berkongsi ‘kisah seram’ berhadapan dengan seranggan perosak menghisap darah itu, hingga menyebabkan syarikat kawalan serangga ‘menyerah kalah’.

 

Berdasarkan data yang dikeluarkan syarikat kawalan serangga, Rentokil, terdapat lebih 65 peratus peningkatan kes serangan pepijat dilaporkan dari 2022 hingga 2023.

uk diserang pepijat, banyak syarikat kawalan serangga menyerah ‘kalah’

Ia dipercayai mula merebak dari Paris, yang mana wabak serangga itu berlaku di sekolah, hospital, kenderaan awam, pawagam dan juga pejabat.

 

@itvnews Experts warn that Paris's bedbugs could come to #London #ITVNews #Bedbugs #UK #news ♬ original sound - itvnews

 

 

@thejasmilan This bus was infested with these small little bugs, crawling out all crevices everywhere💀🤮🤢. #bedbugs #bedbuginfestation #ukbedbugs #londonbedbugs #tflbedbug #fyp ♬ original sound - 𝓣𝓪 𝓼 𝓶 𝓲 𝓷 ❥

 

Pemilik Kawalan Perosak Pied Piper, Tony King berkata, pihaknya telah dibanjiri dengan ribuan panggilan telefon bagi menangani masalah pepijat yang pertama kali berlaku sepertinya.

 

“Masalah itu diluar kawalan, kami dipanggil sekitar 15 hingga 20 kes seminggu, berbanding empat kes seminggu pada 2007.

“Masalahnya ia lebih teruk berbanding sejak mugkin tahun 1930-an dan 1940-an,” kata pengasas pengawal perosak BedBugs Limited, Dan David Cain.

uk diserang pepijat, banyak syarikat kawalan serangga menyerah ‘kalah’

Sumber: The Mirror