Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang sihat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa ditempat yang sepatutnya seperti sekitar taman mahupun laluan yang ditetapkan.
Kini aktiviti berbasikal semakin digemari hingga ada yang sanggup melabur ribuan ringgit demi mendapatkan basikal yang terbaik untuk digunakan.
Tahukah anda, di Jepun terdapat satu budaya yang mana pengguna basikal disana akan menghiaskan basikal mereka sebaiknya, disebut sebagai Dekochari (デコチャリ).
Dekochari mula-mula diperkenalkan sekitar tahun 1970-an , di mana pemilik basikal akan menghias basikal mereka dengan sekreatif yang mungkin, termasuklah memasang lampu berwarna, aksesori, set audio, dan lain-lain lagi hinggakan sekali pandang ia tidak lagi nampak seperti basikal biasa.
Hiasan yang dipasang pada basikal ini boleh membuatkan setiap basikal mempunyai berat mencecah 100 kilogram!
Kebanyakkan aksesori yang dipasang pada basikal mereka juga dibuat khas dan ada yang ditempah dari kedai aksesori kenderaan.
Bagaimanapun trend Dekochari ini semakin dilupakan dan amat jarang untuk kita lihat basikal berhias di atas jalanraya pada masa kini. Kalau ada pun, ia dibuat untuk acara tertentu sahaja.
Hingga ke hari ini, hanya terdapat beberapa sahaja kumpulan basikal yang masih meneruskan budaya Dekochari seperti All Japan Hishyomaru, All Japan DC Club Ryumaki dan All Japan Kyokugenmaru Gang.
Di Malaysia, trend ini tidak banyak bezanya dengan beca yang popular di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti Melaka dan Pulau Pinang.
Sumber: [1]