Bulan Ramadan kini tiba, umat Islam akan menahan lapar dan dahaga dari selepas bersahur sehinggalah kepada waktu berbuka sebaik tibanya azan Maghrib.
Buat mereka yang tinggal bersendirian atau keluarga yang kecil, berikut adalah tips yang boleh anda ikuti untuk memasak nasi dalam kuantiti kecil untuk bersahur atau berbuka puasa, tanpa perlu membazir dan ia juga tidak meninggalkan kerak pada bawah periuk.
Menerusi perkongsian asal oleh Puan Amalina Aziz, cara ini sesuai untuk 1-2 orang makan dan perlu menggunakan cawan atau mug yang tahan panas seperti seramik atau kertas.
Caranya, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kemudian, masukkan air ke dalam mug hingga hampir penuh.
Isikan periuk nasi dengan air hingga lebih kurang separuh penuh dan masak nasi seperti biasa.
Nasi akan dimasak dalam mug dan sedia untuk dihidangkan.
Jika anda masih kurang jelas, lihat caranya dalam video dibawah ini. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook