Jus kunyit adalah minuman yang baik khasnya untuk perawatan dalaman wanita.
Ia telah menjadi amalam turun-temurun dalam masyarakat kita sejak dahulu sehingga kini. Terdapat juga pelbagai kaedah, resipi dan cara penghasilan jus kunyit dan dipraktikkan mengikut cara yang berbeza-beza.
Menurut seorang saintis, Dr Suri Roowi, ada beberapa teknik yang terbaik boleh dipraktikkan dalam rawatan kunyit bagi memastikan khasiatnya terjamin.
Pada tahun 2015, saintis dari China mendapati gabungan kunyit dan lada hitam dapat meningkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara. Ia juga dapat mengelakkan pembesaran batu hempedu dan juga mampu menurunkan lemak serta kolestrol darah.
Selain itu, kajian pada 2019 oleh saintis dari Itali mendapati kunyit hidup yang dikisar dan disapu atas kulit dapat membantu merawat masalah seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman.
Berikut pula cara penghasilan sebenar jus kunyit:
1. Kunyit sebaiknya di 'blend', dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
7. Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar.
Elakkan pengambilan jus kunyit bersama-sama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat kencing manis. Pengambilan jus kunyit semata (100% kunyit) secara berlebih-lebihan dapat meningkatkan risiko batu karang. Ini adalah kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
Sumber: FB Dr Suri Roowi / Keluarga