TikTok Tawar Ciri Baharu, Benarkan Post Teks Sahaja

Pengguna TikTok kini boleh membuat hantaran berbentuk teks selain daripada video dan gambar, yang mana ia serupa dengan platform seperti Threads milik Meta dan juga X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

tiktok tawar ciri baharu, benarkan post teks sahaja

Update terbaharu itu membolehkan pengguna membuat hantaran berbentuk teks, yang kelihatan serupa dengan Instagram Stories dari segi visual.

 

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menambah latar belakang warna, mengedit dan menambahkan muzik serta stiker ke dalam hantaran tersebut. Setiap kemas kini mempunyai had sebanyak 1,000 aksara.

tiktok tawar ciri baharu, benarkan post teks sahaja

Pengguna lain juga boleh berinteraksi dengan kemas kini serupa dengan bagaimana mereka berinteraksi dengan video.

 

Terdahulu, banyak aplikasi kini menawarkan fungsi seakan sama seperti video pendek dan teks, membuatkan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan berbeza. Platform seperti Threads, Bluesky, Mastodon, dan banyak lagi cuba meletakkan diri sebagai pengganti untuk aplikasi milik Elon Musk, iaitu Twitter (X.com).

 

Sumber: Tiktok