Tiket Konsert Arctic Monkey Habis Terjual Dalam Sejam, ‘Scalpers’ Jual Balik 7 Kali Ganda!

Kumpulan Arctic Monkey sebelum ini telah mengumumkan akan melakukan konsert jelajahnya di Asia pada tahun 2023.

tiket konsert arctic monkey habis terjual dalam sejam, ‘scalpers’ jual balik 7 kali ganda!

Antara negara yang akan dikunjungi kumpulan ini adalah Singapura, Indonesia, Thailand, dan Filipina.

tiket konsert arctic monkey habis terjual dalam sejam, ‘scalpers’ jual balik 7 kali ganda!

Meskipun Malaysia tidak berada dalam senarai, paling hampir dengan kita sudah pasti konsert jelajah di Singapura pada 28 Februari 2023 dan para peminat pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

 

Tiket untuk ke konsert ini telah pun mula dijual pada jam 10 pagi, Isnin, 12 Disember 2022, dengan harga bermula 108 dolar Singapura.

tiket konsert arctic monkey habis terjual dalam sejam, ‘scalpers’ jual balik 7 kali ganda!

Bagaimanapun menurut laporan, tidak sampai satu jam ia dibuka untuk jualan, tiket ke konsert ini telah pun habis dijual secara atas talian.

tiket konsert arctic monkey habis terjual dalam sejam, ‘scalpers’ jual balik 7 kali ganda!

Seperti diduga, ramai yang telah mengambil kesempatan untuk menjual semula tiket konsert Arctic Monkey ini, dan dapat dilihat ada tiket yang dijual sebanyak 7 kali ganda berbanding harga asal!

tiket konsert arctic monkey habis terjual dalam sejam, ‘scalpers’ jual balik 7 kali ganda!

Jika anda berhajat untuk membeli tiket ke konsert Arctic Monkey, pastikan anda semak dahulu terma dan syarat serta latar belakang penjual untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan.

 

Sumber: Mothership