Trend dalam berkongsikan video atau gambar menerusi ‘Stories’ telah bermula sejak daripada tahun 2018, yang mana ketika itu aplikasi Snapchat menjadi yang pertama.
Sejak dari itu, pelbagai lagi platform media sosial mula memperkenalkan fungsi ‘Stories’ masing-masing, seperti Instagram, Facebook, Twitter, LinkedIn, WhatsApp dan juga YouTube.
YouTube merupakan media sosial yang terbaharu memperkenalkan fungsi ‘Stories’ pada platform mereka. Namun, disebabkan saingan yang terlalu tinggi, YouTube akhirnya mengumumkan untuk menghapuskan fungsi ini bermula 26 Jun 2023.
Hal ini kerana, fungsi berkenaan dilihat kurang mendapat sambutan pada platform mereka, berbanding fungsi lain seperti Shorts dan Community Post.
Dalam satu kenyataan, YouTube menyebut:
“Hari ini, terdapat banyak cara untuk membuat kandungan di YouTube – daripada Community Post kepada Shorts, kepada bentuk panjang dan Live. Untuk mengutamakan ciri utama ini, Stories akan ditamatkan. Mulai 26/6/2023, pilihan untuk membuat YouTube Stories baharu tidak akan tersedia lagi. Stories yang sudah pun disiarkan secara langsung pada tarikh tersebut akan tamat tempoh 7 hari selepas ia mula dikongsi.”
Ujar YouTube lagi, fungsi Shorts dan Community Post juga memberikan lebih banyak tarikan dan pilihan kepada penonton video YouTube, berbanding Stories.
Sumber: YouTube