Pernahkah anda yang memakai gelang, tiba-tiba ia tercabut pada bahagian cangkuknya?
Lebih-lebih lagi gelang yang mempunyai cangkuk S, ia antara yang paling mudah tercabut malah sering juga tersangut pada mana-mana bahagian seperti baju, beg dan merata lagi.
.
Lebih menyedihkan apabila sudah tercabut dan tercicir pula gelang itu, pasti membuatkan kita tidak tidur lena waktu malam!
.
Persoalannya, macam mana nak elak masalah ini daripada berlaku?
.
Menerusi perkongsian pemilik akaun Tiktok, Mexsu_empire, terdapat teknik dan cara yang betul untuk memastikan gelang menjadi lebih tahan lama, tidak rosak dan tidak tercicir dengan mudah.
TIP UNTUK GELANG DENGAN CANGKUK BERBENTUK S
1. Jangan buka cangkuk ke atas
2. Jangan tindih cangkuk
Cara yang betul:
1. Buka cangkuk ke depan bukan ke atas
2. Bila tutup cangkuk, pastikan ia rata dan tidak bertindih.
Boleh rujuk video di bawah ini untuk lebih faham caranya:
Selain cara diatas, ada juga yang mencadangkan guna benang untuk ikat pada cangkuk.
.
Apa lagi cara yang anda tahu? Jom kongsikan!
Sumber: [1], [2]