Tapan Dah Keluar Hospital, Bakal ‘On-Air’ Bersama Pagi Di SINAR Rabu Ini

Jika anda peminat setia rancangan Sepahtu Reunion Live, pasti anda kenal dengan watak Tapan yang membuatkan ramai terhibur.

tapan dah keluar hospital, bakal ‘on-air’ bersama pagi di sinar rabu ini

Tapan merupakan seorang pemuda kurang siuman namun mempunyai hati mulia serta amat mencintai gadis bernama Nadia. Namun disebabkan keadaan kesihatan Tapan yang kurang siuman, Tapan akhirnya dimasukkan ke hospital.

Kini selepas sekian lama, Tapan dikatakan telah keluar daripada hospital dan berbesar hati untuk menjadi tetamu jemputan bersama Pagi Di SINAR hari Rabu ini, 15 Februari 2023 bermula jam 7 pagi bagi bertanyakan khabar dan keadaan semasa Tapan.

tapan dah keluar hospital, bakal ‘on-air’ bersama pagi di sinar rabu ini

Apa yang menariknya kehadiran Tapan di SINAR pada Rabu ini adalah orang ramai khususnya peminat Tapan sendiri boleh berinteraksi bersama Tapan menerusi Tiktok LIVE SINAR pada hari kejadian. Selain itu, anda juga boleh berborak bersama Tapan dengan menghubungi nombor SINAR iaitu 03-95432000 atau hantarkan WhatsApp di Nombor SINAR Digi 016-3260000.

 

Anda juga boleh mendengarkan Tapan bersama Pagi Di SINAR menerusi aplikasi SYOK yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store, Apple App Store dan juga Huawei App Gallery.

 

Jangan lupa Tapan bersama Pagi Di SINAR, Rabu ini, 15 Februari 2023 bermula jam 7 pagi ok!