Michelle Yeoh Cipta Sejarah Jadi Aktres Asia Pertama Menang Oscar!

Aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah selepas berjaya membawa trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik hasil lakonan dalam filem Everything Everywhere All At Once.

 

Ini menjadikan beliau aktres Asia pertama menggondol trofi itu sepanjang anugerah berprestij Oscar diadakan.

 

Filem Everything Everywhere All At Once juga mencatatkan kemenangan bagi kategori Best Original Screenplay.

 

 

Beliau tercalon dalam kategori itu bersama Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

 

Yeoh sebelum ini pernah meraih trofi yang sama pada beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).

michelle yeoh cipta sejarah jadi aktres asia pertama menang oscar!

Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh!