Syarikat Nama Meta Saman Meta Sebab Gunakan Nama Meta

Sebuah syarikat di Amerika Syarikat telah bertindak memfailkan saman terhadap syarikat gergasi media sosial, Meta kerana menggunakan nama tersebut.

syarikat nama meta saman meta sebab gunakan nama meta

Syarikat itu yang menggunakan nama Meta terkilan dengan pertukaran nama Facebook kepada Meta, yang juga kedengaran sama seperti nama syarikat berkenaan.

.

Facebook sebelum ini menukarkan nama mereka kepada Meta pada Oktober lalu sebagai nama rasmi penyedia syarikat media sosial dan perkhidmatan teknologi gergasi dunia.

syarikat nama meta saman meta sebab gunakan nama meta

Bagaimanapun, nama Meta yang terlebih dahulu digunakan syarikat kecil sejak 12 tahun lalu telah memfailkan saman terhadap Meta (Facebook) kerana melanggar akta hak cipta.

.

"META telah menghabiskan 12 tahun menyokong, membangun dan melindungi komuniti pencipta, hak pencipta, dan harta intelek pencipta. Tindakan Facebook, merampas nama dan jenama kami secara haram, bukan sahaja membahayakan perniagaan kami, tetapi juga seluruh industri dan hak harta intelek para pencipta yang telah membantu membinanya.

"Sejak pertukaran nama Facebook pada akhir 2021, META telah melakukan usaha murni untuk menyelesaikan situasi ini, tetapi selama lapan bulan Facebook enggan menerima tanggungjawab atas tindakannya yang menyalahi undang-undang, menyebabkan kami tiada pilihan selain meneruskan tindakan undang-undang," kata Justin Bolognino, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif META.

.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini daripada pihak Meta (Facebook).

.

Sumber: [1], [2]