Sorakan “Viva Ronaldo” Gegar Anfield Lepas Liverpool Belasah Man.United 7-0

Susulan kekalahan besar pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United keatas pasukan Liverpool awal pagi tadi, nampaknya ramai peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

sorakan “viva ronaldo” gegar anfield lepas liverpool belasah man.united 7-0

Liverpool mencatatkan kemenangan terbesar 7-0 keatas musuh ketat mereka di stadium keramat, Anfield, dan kini berada di kedudukan kelima dalam carta.

 

Sementara Gary Neville melabel kapten Manchester United, Bruno Fernandes, sebagai "memalukan", dan Roy Keane berkata pemain Man. United harus bersembunyi selepas tewas 7-0 keatas Liverpool, stadium Anfield bergema dengan sorakan daripada peminat The Reds dengan sorakan “Viva Ronaldo”.

 

 

Ia merujuk kepada nombor jersey bekas penyerang sensasi Man. United, Cristiano Ronaldo, yang telah di ‘buang’ pada November lalu.

sorakan “viva ronaldo” gegar anfield lepas liverpool belasah man.united 7-0

Legenda United, Neville turut melabelkan pemain United seperti budak sekolah ketika pasukan itu ketinggalan 0-4, dan lebih memalukan pada babak kedua perlawanan.

Man. United ketika ini masih berada ditempat ketiga liga dengan 49 mata, sementara Arsenal mendahului dengan 63 mata diikuti Man. City dengan 58 mata.

sorakan “viva ronaldo” gegar anfield lepas liverpool belasah man.united 7-0

Sumber: Stadium Astro