Soalan Matematik Darjah 4 Tapi Kena Selesai Soalan Guna Sifir 73

Seorang guru, Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fadli, mempertikaikan kewajaran soalan Matematik bagi murid Tahun 4.

 

Menurut beliau, satu hantaran oleh seorang penjaga murid terbabit mempersoalkan berkenaan soalan bahagi 73 untuk murid Tahun 4 di sekolah rendah.

soalan matematik darjah 4 tapi kena selesai soalan guna sifir 73

Katanya, bagi menyelesaikan soalan itu, murid itu perlu tahu sifir 73 terlebih dahulu dan pastinya ia membuang masa.

 

 “Seorang ibu muat naik gambar ini dan pertikaikan kenapa budak darjah 4 kena jawab soalan bahagi 73?

“Cuba suruh yang gubal soalan jawab, nescaya dia akan guna kalkulator.

“Nak selesaikan bahagi 73 ni kena bina sifir 73 dulu. Ia hanya akan membuang masa, tak ada guna pun besar esok.

“Kau jadi akauntan ke, pilot ke, astronaut ke, penoreh getah ke, takkan bina sifir 73 dalam apa jua bidang pekerjaan,” tulisnya.

 

Menurut Cikgu Fadli lagi, jika seseorang itu mahu menyelesaikan soalan berkenaan, pastinya ia akan diselesaikan menggunakan kalkulator.

 

“Jika pun perlu bahagi 73, orang akan guna kalkulator. Pada kalian relevan ke soalan macam ni?

“Hah, bincang,” tulisnya lagi.

 

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.

Sumber: Facebook Cikgu Fadli