Siapa Boleh Kalahkan Real Madrid?

siapa boleh kalahkan real madrid?

Kita semua tahu yang Real Madrid ni antara kelab bola sepak terbesar di Eropah. Biasanya kalau kelab besar ni memang power la. Manchester United je yang selalunya berebut tempat ke-6 tapi still mengaku kelab besar dan power. Hmm.

siapa boleh kalahkan real madrid?

Berbalik kepada Real Madrid ni, musim lepas diorang menang 3 piala. La Liga, Super Cup dan Liga Juara-Juara. Yang bestnya, skuad kendalian Carlo Ancelotti ni berjaya bawa prestasi cemerlang mereka musim lepas sehingga musim ini. Terbaru, mereka kalahkan musuh setempat, Atletico Madrid 2-1 dalam saingan liga.

siapa boleh kalahkan real madrid?

Real mulakan musim ni dengan menjulang trofi Piala Super UEFA apabila kalahkan Eintracht Frankfurt 2-0. Kemudian mereka menang 4 perlawanan berturut-turut dalam saingan La Liga. Ok lah, masih biasa kan? Sebab La Liga ni kalau bukan Real menang, Barcelona menang. Kadang-kadang je kelab lain menyelit contohnya Atletico Madrid dan Valencia.

siapa boleh kalahkan real madrid?

Tapi sekarang ni Real dah beraksi dalam 9 perlawanan kompetitif dan kesemuanya menang! Yeee, tak tipuuuu. Kemenangan ke atas Atletico Madrid tu merupakan kemenangan ke-6 berturut-turut Real dalam La Liga. Kali terakhir diorang menang 6 perlawanan pertama dalam liga ialah pada musim 1987-88.

siapa boleh kalahkan real madrid?

Kalau nak rasa lagi kagum, Real kehilangan khidmat penyerang utama mereka Karim Benzema yang alami kecederaan. Tak tau lah apa jadi kalau Benzema tak injured. Silap-silap menang tanpa bertanding je Real musim ni.

siapa boleh kalahkan real madrid?

Tapi korang jangan risau, Real pasti akan ada saingan musim ni. Selepas bergelut dengan masalah kewangan, Barcelona nampaknya macam dah temui sentuhan kemenangan semula. Tak tahu lah macam mana diorang boleh selesaikan masalah kewangan diorang sebelum ni. Sebab rasanya macam teruk sangat hari tu. Tup-tup, terus settle. Tapi ok la kan? Takde la Real menang tanpa bertanding nanti.

Oleh: Karami Kamel