Jika anda seorang yang gemar untuk melancong dengan menaiki pesawat, pasti anda perasan akan perkara ini.
Tahukah anda, sesetengah pesawat tidak menyediakan tempat duduk dengan barisan nombor 13 dan juga 17.
Antara pesawat antarabangsa yang tidak menyediakan barisan nombor 13 adalah Air France, Lberia dan Ryanair.
Menurut laporan, kedua-dua nombor 13 dan 17 sering dianggap sebagai nombor yang tidak mendatangkan tuah. Maka atas alasan itu banyak pesawat tidak mempunyai barisan nombor ini.
Selain itu, pesawat United Airline Polaris juga tidak mempunyai barisan bernombor 14 kerana China percaya nombor itu adalah merujuk kepada mati.
Bagaimanapun menurut laman SeatGuru, pesawat yang mempunyai barisan nombor 13 adalah tempat duduk yang paling laris terjual kerana ia adalah berdekatan dengan pintu keluar.
Selain pesawat, sesetengah hotel juga tidak mempunyai bilik dengan nombor 13, 14 dan 17, atas kepercayaan seperti tertulis di atas.
Sumber: The Sun