Ini Barisan Pelakon Utama Bagi Siri Aksi Nyata One Piece Di Netflix

One Piece merupakan manga karya Eiichiro Oda yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar merentasi lautan samudera bersama-sama mengejar impian masing-masing.

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

Pernah menerima anugerah rekod dunia bagi Salinan Komik Terbanyak di Dunia, One Piece mempunyai peminatnya tersendiri dari segenap usia.

 

Baru-baru ini, Netflix telah mengumumkan senarai pelakon utama yang akan melakonkan aksi nyata One Piece mereka.

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

Bakal dipertontonkan sebanyak 10 episod dengan Steve Maeda sebagai penulis utama dan penerbit eksekutif bersama Matt Owens, berikut adalah watak yang akan dipegang pelakon-pelakon ini:

 

Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

Mackenyu sebagai Roronoa Zoro

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

Emily Rudd sebagai Nami

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

Jacob Romero Gibson sebagai Usopp

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

Taz Skylar sebagai Sanji

ini barisan pelakon utama bagi siri aksi nyata one piece di netflix

 

Buat masa ini masih belum ada sebarang kata rasmi mengenai tarikh siaran siri nyata One Piece ini, meskipun laman untuk siri ini telah pun tersenarai di Netflix sejak dari tahun 2019 lagi.

Sumber: [1], [2]