Semua penduduk di dunia perlu divaksin COVID-19 bagi memastikan ada jalan keluar daripada pandemik yang sudah berlarutan lebih dua tahun ini.
Demikian menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam satu kenyataan menerusi forum Davos yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Katanya, wabak COVID-19 tidak menunjukkan tanda untuk pulih ketika ini jika masih ada yang belum mengambil vaksin COVID-19.
"Jika kita gagal memvaksin semua orang, maka kita akan memberi ruang kepada varian baharu untuk merebak merentasi sempadan sehingga menyebabkan kehidupan dan ekonomi terjejas," katanya.
Tambahnya lagi, semua penduduk di dunia perlu berdepan dengan pandemik ini secara adil dan sama rata.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan sasaran untuk memvaksin 40 peratus populasi dunia menjelang akhir 2021 dan 70 peratus menjelang pertengahan tahun 2022.
Sumber: [1]