Nahas Pesawat Di Elmina, Semua Mayat Ditemui, Lima Daripadanya Tak Sempurna

Susulan daripada insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina petang semalam (17 Ogos), perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam pesawat telah ditemui.

nahas pesawat di elmina, semua mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

CVR itu menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan dibawa ke makmal untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, kesemua mayat mangsa pesawat terhempas ini telah ditemui, dengan lima daripadanya tidak sempurna.

 

"Pencarian dan pemprosesan bagi fasa pertama sudah selesai 10.30 malam, yang mana kita jumpa 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan.

"Kesemua mayat serta cebisan itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman," katanya.

 

Menurut Ketua Polis Negara, satu daripada mayat dalam keadaan lengkap (full body) adalah mayat penunggang motosikal yang rentung.

nahas pesawat di elmina, semua mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Katanya, lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan adalah penumpang dan kru pesawat serta pemandu sebuah kereta.

 

Proses bedah siasat kesemua mangsa tragedi ini dijangka akan selesai tengah hari hari ini, 18 Ogos.

 

Insiden pesawat terhempas di Dataran Elmina telah menggemparkan ramai, sehingga mengorbankan kesemua lapan penumpang dan dua kru pesawat, serta seorang penunggang motosikal serta pemandu kereta yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

 

Sumber: Astro AWANI / HMetro