Tayar merupakan salah satu komponen penting pada sesebuah kenderaan.
Namun tak ramai yang mengendahkan ciri-ciri yang ada pada tayar, misalnya bunga tayar, tarikh tayar dikilangkan dan juga kemampatan angin.
Bunga tayar menentukan sama ada tayar telah botak atau licin. Ramai yang tidak sedar bahagian tengah tayar telah botak walaupun bahagian sisinya nampak masih berbunga.
Sebenarnya, cara yang betul untuk memeriksa bunga tayar adalah dengan melihat pada tanda segi empat atau penanda aras yang terletak pada tengah-tengah jalur tayar, seperti ini:
Tayar dikira botak dan bahaya sekiranya penanda aras ini sudah sama paras dengan tayar. Anda boleh memeriksa ini dengan menyentuh penanda aras ini menggunakan jari. Tayar yang baru mempunyai penanda aras yang lebih dalam, berbanding tayar yang sudah botak.
Sila tukarkan tayar anda dengan segera sekiranya penanda aras ini dah sama level dengan tayar.
Sumber: Road Safety