Akhirnya KPM Setuju Kembalikan Sesi Persekolahan Ke Januari, Tapi Kena Sabar..

akhirnya kpm setuju kembalikan sesi persekolahan ke januari, tapi kena sabar..

Foto BERNAMA

Akan jadi kenyataan tapi kena sabar…ya kena sabar. Mungkin itu ayat ringkasnya untuk menggambarkan cadangan pasal nak mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari. Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) , pihaknya secara prinsip bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari. Tetapi..ha tetapinya KPM sekali lagi menjelaskan, pelaksanaanya bukanlah dalam masa terdekat sebab perlu ambil kira beberapa faktor selaras .Antaranya pasal musim cuti, peperiksaan-peperiksaan utama dan cuaca termasuk musim banjir. 

 

Kalau KJ secara peribadi sebenarnya tak kisah sangat pasal pembukaan sesi persekolahan dikembalikan dari Mac ke Januari. Bagi KJ yang lagi penting adalah kajian dan penambahbaikan mata pelajaran anak-anak kat sekolah yang pada hemat KJ tak sesuai dengan peringkat umur.

 

OK ni pulak pasal nak mewajibkan pendidikan Tingkatan Enam. KPM memaklumkan takde hasrat ke arah tu. Antara sebabnya ia akan beri kesan kepada kemasukan Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) jugak universiti awam dan swasta. Betul jugak kan…untuk pendidikan tahap tinggi macam ni rasanya ada baiknya empunya diri yang pilih nak guna saluran pendidikan yang mana. Jadi dengan erti kata mudahnya setakat ini ia kekal sebagai pilihan je. Kalau nak cadangan mewajibkan pendidikan sampai Tingkatan 5 tu ha KJ sokong!

 

Oleh : KJ 

Sumber & foto : AWANI, BERNAMA, Berita Harian, Sinar Harian dan Kosmo