Netizen Sedih Dua Ekor Panda Dalam Zoo Negara Bakal Dipulangkan Ke China

Panda dianggap sebagai salah satu spesies yang paling dilindungi di dunia memandangkan bilangannya yang terhad, terutamanya disebabkan kehilangan habitat akibat pembangunan pesat.

 

Zoo negara Malaysia iaitu Zoo Negara telah diberi keistimewaan dan kepercayaan untuk untuk menjadi rumah sementara kepada beberapa spesies terancam ini yang dipinjamkan kepada oleh China.

netizen sedih dua ekor panda dalam zoo negara bakal dipulangkan ke china

Terletak di dalam kandang seluas 1.6 hektar yang dibina dengan kos RM24 juta, usaha pemuliharaan tempatan untuk spesies itu telah membawa kepada kelahiran tiga anak panda di Malaysia, antaranya termasuk Yiyi dan Sheng Yi.

 

Menerusi akaun Tiktok Zoo Negara, mereka telah berkongsi bahawa dua ekor panda yang bernama Yiyi dan Sheng Yi akan dihantar pulang ke China pada bulan Mei depan.

netizen sedih dua ekor panda dalam zoo negara bakal dipulangkan ke china

Video yang dimuatnaik oleh Zoo Negara melihatkan pelbagai aksi comel dan bersahaja dua ekor panda ini sepanjang berada dibawah jagaan Malaysia.

 

@znmzoonegara We are going to miss you both 😢 Yiyi & Sheng Yi. #panda🐼 #pandaoftiktok #pandafun #zoonegara #yayapanda #fypp ♬ One Side - Iyanya

 

Yiyi dan Sheng Yi kedua-duanya adalah anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang. Sheng Yi, dilahirkan pada 2021 telah dipamerkan pada khalayak ramai dalam kandang yang luas di zoo itu sejak Disember 2021. Manakala ibu dan bapanya, Xing Xing dan Liang Liang, kedua mereka telah dipinjamkan selama sepuluh tahun dari China ke Malaysia sejak 2014 lagi.

 

Sheng Yi ialah panda gergasi ketiga kelahiran Malaysia dan nama yang diberikan itu dikatakan mewakili keamanan dan persahabatan, dengan harapan beliau akan mengeratkan lagi hubungan antara China dan Malaysia.

netizen sedih dua ekor panda dalam zoo negara bakal dipulangkan ke china

Perkongsian oleh Zoo Negara mengenai penghantaran Yiyi dan Sheng Yi ke negara asalnya telah membuatkan ramai netizen daripada negara ini bersedih, selain turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Zoo Negara kerana telah menjaga panda-panda ini dengan baik.

netizen sedih dua ekor panda dalam zoo negara bakal dipulangkan ke china

Sumber: Tiktok Zoo Negara / Wau Post