Sapot Lokal Dengan Banyak Rancangan Best Dari Disney+ Hotstar, Raya Haji Kali Ni!

Raikan Hari Raya Haji kali ini dengan menikmati rancangan tempatan yang pastinya menghiburkan di Disney+ Hotstar bersama keluarga dan rakan tersayang! Dari animasi, komedi dan drama, pastinya ada sesuatu untuk semua! Berikut antara rancangan yang korang boleh tonton cuti raya kali ni!

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

  • Ejen Ali Musim 3

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

Bukan je untuk kanak-kanak, Ejen Ali juga disukai segenap lapisan masyarakat! Musim 3 animasi ini mengikuti watak utama dan Ejen-Ejen muda dari Akademi MATA tatkala mereka bersatu semula untuk berentap dalam satu pertandingan rahsia di Arena MATA. Ali nekad menjunjung legasi arwah ibunya dengan menjadi juara MATA Arena. Tetapi, tanpa peranti superkomputer IRIS, dia perlu berikhtiar untuk menang di tengah-tengah persaingan sengit daripada Ejen-Ejen Antarabangsa yang mahir belaka. Namun siapa sangka, satu plot rahsia untuk memporak-perandakan MATA dan mendapat kawalan ke atas bandar futuristik Cyberaya akan terbongkar ketika pertandingan itu berlangsung. Ikuti pengembaraan Ejen Ali, dengan episod baru yang akan disiarkan setiap Sabtu.

 

  • Ejen Ali: The Movie

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

Masih inginkan lebih Ejen Ali? Impian anda akan menjadi kenyataan pada hujung minggu ini dengan siaran Ejen Ali: The Movie! Selepas direkrut sebagai perisik secara tidak sengaja, Ali yang berusia 12 tahun menerima tanggungjawabnya dalam agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA) untuk melindungi bandar futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Ketika MATA berusaha menaik taraf peralatan untuk ejen-ejennya, Ali terjebak dalam misi untuk menghentikan satu komplot terhadap Cyberaya. Namun, dia mula mempersoalkan kesetiaannya selepas beberapa peristiwa. Ketahui sama ada Ali mampu mengatasi cabaran peranan baharunya dalam filem animasi ini yang pasti akan mengujakan semua, baik kanak-kanak ataupun orang dewasa. 

 

  • Melur Untuk Firdaus

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

Untuk anda yang mengidamkan lebih drama bersiri! Dibintangi bintang tempatan yang sedang melonjak naik, Meerqeen dan Anna Jobling, drama bersiri ini mengikuti perjuangan Firdaus yang terpaksa akur dengan tujuh syarat yang diberikan oleh Melur, isterinya dalam satu perkahwinan diatur. Plot cerita semakin komplex, apabila diketahui dia melakukan semua ini semata-mata untuk meneruskan hubungan dengan kekasihnya. Mampukah Firdaus mengimbangi permintaan kedua-dua isteri dan kekasihnya, dan mengekalkan keharmonian hubungan tiga segi ini? Setiap episod baharu akan disiarkan di Disney+ Hotstar sehingga 15 jam lebih awal daripada TV masa perdana. Oleh itu, jadilah orang pertama yang mengetahui kesudahan kisah ini apabila episod finale disiarkan pada 15 Julai!

 

  • Keluarga Untuk Disewa

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

Dibintangi Allahyarham Adibah Noor, drama bersiri ini mengisahkan Aina, yang mengalami amnesia selepas terselamat dalam satu kemalangan jalan raya tragis yang mengorbankan seluruh keluarganya. Susulan itu, Aina dijaga oleh neneknya, Puan Sri Maimon (Adibah Noor) yang melantik sekumpulan orang tidak dikenali untuk menyamar sebagai keluarga Aina. Plot cerita semakin rancak apabila Aina semakin curiga dengan “ahli keluarganya”, sunggupun mereka semua berniat baik. Tonton bagaimana Aini menemui hakikat sebenar dalam siri komedi ini yang pasti akan menghibur hati seisi keluarga anda!

 

  • Roxy

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

Aqil dan Arissa, sepasang suami isteri yang bekerjaya, bersusah payah mencari seorang pembantu rumah yang mampu menangani gaya hidup sibuk dan harapan tinggi mereka. Aqil bertindak membawa pulang satu robot manusia untuk bekerja sebagai “pembantu” mereka. Dengan kehadiran robot Roxy, kehidupan harian mereka lebih terurus, dan ia nampaknya seperti satu penyelesaian yang sempurna. Namun, keadaan berubah pantas apabila ia membabitkan emosi manusia. Adakah Roxy pembantu rumah sempurna bagi keluarga ini? Atau Roxy perlu diserahkan? Strim drama bersiri ini di Disney+ Hotstar untuk mengetahui kesudahannya.

 

  • Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal

sapot lokal dengan banyak rancangan best dari disney+ hotstar, raya haji kali ni!

Ikuti pengembaraan kembar popular, Upin dan Ipin, yang bermula apabila mereka terjumpa satu keris mistik di bilik stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mereka cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka tiba-tiba dibebani tugasan untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan itu. Dengan bantuan watak-watak daripada cerita dongeng Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka mesti mengatasi satu siri halangan mencabar dalam filem pengembaraan ini yang penuh dengan aksi dan keajaiban, diterbitkan oleh Les’ Copaque Production.

 

Nikmatilah hujung minggu panjang Hari Raya Haji anda dengan beberapa pilihan menarik ini serta semua rancangan kegemaran anda yang lain di Disney+ Hotstar di sini.


Rakyat Malaysia boleh menstrim rancangan dan filem kegemaran mereka dengan melanggan perkhidmatan secara terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan*.