Kajian Pakar Mendapati Saiz Bulan Kini Makin Mengecil

Kajian terbaharu dari sekumpulan pakar di Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati saiz bulan kini semakin mengecil sekaligus mencetuskan risiko kepada permukaannya dan misi angkasa lepas.

kajian pakar mendapati saiz bulan kini makin mengecil

Menurut mereka, ketika saiz bulan semakin mengecil, ia menyebabkan berlakunya tanah runtuh, gegaran dan juga beberapa kemusnahan lain pada bulan itu.

 

Kata pakar, bulan telah hilang lebih 45.75 meter di sekitar bahagian tengah dalam 100 juta tahun lalu disebabkan permukannya yang mudah pecah.

 

Tambah lagi, kumpulan saintis juga mendapati permukaan bulan pada kutub selatan juga telah berubah bentuk.

kajian pakar mendapati saiz bulan kini makin mengecil

“Model kami mencadangkan bahawa gempa bulan cetek yang mampu menghasilkan gegaran tanah kuat di kawasan kutub selatan adalah mungkin berpunca daripada kejadian gelinciran pada sesar sedia ada atau pembentukan sesar tujahan baharu,” kata salah seorang saintis, Dr. Thomas Watters.

 

Untuk info, gempa bulan cetek terjadi disebabkan kerosakan pada bahagian dalam bulan dan boleh menjadi cukup kuat untuk merosakan bangunan, peralatan dan struktur binaan manusia lain. Ia boleh bertahan selama berjam-jam lamanya, tidak seperti gempa bumi yang cenderung terjadi hanya beberapa saat.

 

Sumber: Kosmo!