Sebuah rumah yang pernah memegang rekod sebagai rumah paling mahal di dunia, kini bakal dijual pada harga yang jauh lebih rendah kerana pemiliknya terdesak disebabkan hutang.
Menurut laporan, rumah yang digelar The One, terletak di Los Angeles, California, pada asalnya mahu dijual pada harga AS$500 juta (kira-kira RM2.09 bilion), namun kini ditawarkan pada harga lebih rendah.
Rumah tersebut mempunyai keluasan 9,290 meter persegi dengan 21 bilik tidur, empat kolam renang, sebuah ruang permainan boling dan pemandangan indah 360 darjah di Selatan California.
Tak cukup dengan itu, The One juga mempunyai sebuah salun kecantikan, sebuah panggung wayang 45 kerusi dengan paparan skrin IMAX dan juga garaj yang mampu memuatkan sehingga 30 buah kereta.
Namun semua itu terpaksa dijual kepada mereka yang berminat kerana pemiliknya terikat dengan hutang pinjaman bernilai AS$165 juta (kira-kira RM690 juta). Selain itu, beberapa hutang lain termasuk kepada syarikat pendingin hawa, konkrit dan syarikat peralatan dengan kos mencecah AS$1 juta (RM4.18 juta).
Untuk rekod, rumah paling mahal di Amerika Syarikat kini dipegang oleh sebuah penthouse milik bilionair, Ken Griffin bernilai AS%238 juta (RM995 juta).
Sumber: [1]