Penampilan Khas Lah Ahmad dan Iqie, RUFFEDGE Bakal Buat Persembahan Di KL, 19 Ogos Ini

Setelah berjaya menawan hati peminat mereka di Singapura dalam sebuah konsert istimewa Ruffera ‘That Moment In Time’ yang menampilkan DJ Uno di dewan utama The Theatre Mediacorp pada 24 Jun 2023, YOLO Malaysia akan membawakan penampilan khas oleh artis yang tidak asing lagi iaitu LAH AHMAD serta penyanyi utama kumpulan INSOMNIAC, IQIE yang hadir bersama kumpulan vocal baru beliau DISTORTED.

penampilan khas lah ahmad dan iqie, ruffedge bakal buat persembahan di kl, 19 ogos ini

Mereka akan mengadakan persembahan bersama RUFFEDGE di konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ live in Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2023.

 

“Pertama sekali terima kasih kepada peminat-peminat Ruffedge di Singapura yang hadir menyaksikan persembahan istimewa mereka yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ini.

“Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan khas persembahan daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu.

“Di samping itu, kami juga membawa bakat baru dalam industri seni ZEPPO YOUNGSTERZ yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian BODY ROCK USA di Amerika Syarikat baru-baru ini” kata Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.

 

Menurut Sein pula, Lah Ahmad dipilih kerana mereka mempunyai keserasian dalam persembahan, selain mereka juga akan mengeluarkan single bersama tidak lama lagi.

 

 

Dengan mengekalkan DJ UNO sebagai artis undangan tetap bagi Ruffera ‘That Moment In Time’ Live In Concert, penonton semua akan disajikan dengan alunan muzik di zaman kegemilangan R&B & Hip Hop satu ketika dahulu.

 

Sebagai penganjur, YOLO Asia & Malaysia akan terus menerus memberikan lebih banyak lagi konsert-konsert bertaraf dunia yang akan mewarnai persada muzik negara mahupun luar.

 

Jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda ke konsert Ruffera ‘That Moment In Time Tour’ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2023 ini di Mega Star Arena dengan kemunculan artis istimewa yang akan diumumkan kelak pada harga seperti berikut: RM168 (Free Standing), RM 238 (Standard Seats), RM268 (Dance Zone), RM288 (Premium Seating), RM328 (Ruff Zone) dan RM3,888 (Premium+ Seating/6 pax) di laman web yoloasia.com.

 

 

Dan nantikan pengumuman konsert-konsert besar lainnya seperti Noah ‘Southeast Asia Tour’ dan juga Hammersonic (Metal Music Festival) di Kuching, Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com.