Pelakon, model dan pemuzik dari United Kingdom, Robert Thomas Pattinson atau lebih dikenali sebagai Robert Pattinson adalah sangat sinonim dengan watak Edward Cullen dalam filem Twilight.
Baru-baru ini, satu analisa saintifik dibuat menunjukkan Pattinson adalah lelaki paling menarik di dunia.
.
Beliau mendapat gelaran itu selepas sebuah algoritma yang menyusun ciri-ciri wajah yang disebut sebagai Nisbah Emas oleh Beauty Phi, telah menganalisis ramai selebriti Hollywood mendapati Pattinson mendapat skor tertinggi iaitu sebanyak 92.15 peratus.
Pattinson juga telah menewaskan beberapa selebriti Hollywood lain seperti Henry Cavill, Bradley Cooper, Brad Pitt dan George Clooney.
.
Kaedah analisis itu merupakan satu kaedah pengiraan kesempuraan yang berasal dari era Renaissance Eropah.
.
Menurut pakar dari Pusat Pembedahan Kosmetik Muka, Dr. Julian De Silva berkata Pattinson memiliki kesempuraan kerana ciri-ciri wajahnya berbentuk klasik dengan rahang yang tajam.
.
Bagaimanapun Pattinson mendapat skor dibawah purata untuk bibirnya kerana ia nipis dan juga rata.
.
Analisis yang sama turut merumuskan aktres Amber Heard memiliki wajah yang paling cantik di dunia.
Sumber: [1]