Lagi Jimat Buat Sendiri, Ini Resipi Air Katira Original Tanpa Guna Pewarna!

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, minuman air katira sering mendapat permintaan tinggi, khasnya di negeri Johor.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

Air yang sangat menyegarkan ini menjadi buruan ramai untuk berbuka puasa dan paling popular di Johor sudah semestinya Air Katira Abu Bakar.

 

Minuman yang berasal dari Timur Tengah dan dibawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang, air katira yang pada asalnya menggunakan air mawar telah diganti dengan pandan yang lebih mudah diperoleh di negara ini.

 

Tidak dapat dipastikan harga minuman ini yang dijual di bazar Ramadan, namun jika anda mahu yang lebih memuaskan, apa kata anda ikuti sahaja resipi original air katira seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini:

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

Bahan-bahan:

1 sudu besar katira

1 sudu besar biji selasih

3 biji kurma

3 biji kembang semangkuk

4 biji badam

4 helai daun pandan

4 sudu besar gula

1 liter susu segar

*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml

 

Cara-caranya:

Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

 

Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

 

Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

 

Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

 

OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

Sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

 

Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

lagi jimat buat sendiri, ini resipi air katira original tanpa guna pewarna!

 

Perkongsian oleh Dr Kamarul ini mendapat lebih 10 ribu share dan ratusan komen di Facebook. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Dr Kamarul