Tiada Lagi Walk-In, Urusan Renew Pasport Kini Secara Online Sahaja

Sejak pengumuman pembukaan sempadan negara, ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar melancong ke luar negara dan juga dalam negara kita, Malaysia.

.

Selepas lebih dua tahun dunia berdepan dengan perintah berkurung dek akibat wabak COVID-19, ramai juga antara kita yang mempunyai pasport tamat tempoh.

tiada lagi walk-in, urusan renew pasport kini secara online sahaja

Tahukah anda, kini bermula 11 Mei 2022, urusan pembaharuan pasport (PMA) adalah hanya melalui online sahaja dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Tiada lagi urusan secara walk in.

.

Ini adalah kerana jumlah bilangan pengunjung yang berpusu-pusu berlaku di kaunter, sekaligus meningkatkan risiko penularan jangkitan wabak penyakit. Justeru, urusan pembaharuan pasport kini dipermudahkan melalui atas talian sahaja.

.

Namun begitu, urusan walk in boleh dibuat untuk permohonan kali pertama, warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak bawah 13 tahun, bakal jemaah haji, pelajar di Malaysia sambung belajar (further study), pasport hilang dan rosak sahaja.

.

Cara untuk mempebaharui pasport secara online:

 

1) Bukak portal ni > MyONLINE* PASPORT

2) Click 'SETUJU' lepas dah baca T&C.

3) Isi semua maklumat. Rujuk sahaja pasport lama anda bagi memudahkan urusan.

4) Semak senarai pejabat untuk anda mengambil pasport.

5) Muatnaik gambar mengikut kriteria yang ditetapkan:

  • Background wajib warna putih
  • Pakaian warna gelap
  • Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung warna gelap
  • Upload softcopy ya. Jangan guna gambar polaroid)

6) Buat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit (FPX)

  • Permohonan biasa (13 - 59 tahun): RM200
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100

 

Hadir ke pejabat yang anda pilih untuk urusan pengambilan pasport. Bawa bersama resit, pasport lama serta kad pengenalan.

.

Permohonan online untuk pembaharuan sebelum jam 3 petang boleh diambil pasport pada hari sama atau keesokan yang jatuh pada hari bekerja.

.

Bagi pemohon bawah usia 18 tahun perlu hadir bersama penjaga dan wajib bawa sijil lahir bersama.

tiada lagi walk-in, urusan renew pasport kini secara online sahaja

Sumber: [1]