Remaja Lari Masuk Hutan 3 Hari Sebab Merajuk Ibunya Tak Belikan Telefon Baru

Tidak dinafikan telefon bimbit adalah antara keperluan yang perlu ada pada masa kini. Namun, penggunaannya perlu dikawal agar ia tidak disalah guna dan bukan sekadar mengikut trend seperti terpengaruh dengan rakan sebaya.

remaja lari masuk hutan 3 hari sebab merajuk ibunya tak belikan telefon baru

Disebabkan itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meminta ibunya untuk membelikan beliau sebuah telefon bimbit baharu.

 

Namun, ibunya enggan membelikan gajet itu kepadanya, membuatkan remaja dari daerah Bantul, Indonesia ini melarikan diri selama tiga hari ke dalam sebuah hutan gara-gara merajuk.

 

Tindakan itu nyaris menyebabkan dia hilang nyawa dalam hutan berkenaan sekiranya dia tidak ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

remaja lari masuk hutan 3 hari sebab merajuk ibunya tak belikan telefon baru

“Dari keterangan keluarga, mangsa melarikan diri sebab marah dengan ibunya yang enggan membelikan telefon pintar,” demikian menurut jurucakap Polis Bnatul, Nengah Jeffy.

 

Difahamkan, remaja berkenaan melarikan diri pada Isnin, 7 Ogos lalu, sebelum keluarganya membuat laporan polis atas kehilangannya.

 

Ekoran kehilangan itu, pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan pihak polis, membabitkan seramai 100 individu bagi mencari remaja berkenaan.

 

Akhirnya, kira-kira jam 3.30 petang pada 10 Ogos lalu, mangsa ditemui dengan keadaan lemah, lapar dan tidak berpakaian dalam sebuah kawasan hutan.

 

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

Sumber: Indozone via The Reporter