Remaja Beri Alasan 'Suka-Suka’ Baling Batu Pada Kenderaan Dekat Highway PLUS Senawang

Lima remaja lelaki memberikan alasan ‘sekadar suka’suka’ selepas mereka ditahan kerana membaling batu pada kenderaan lalu-lalang dekat Lebuhraya PLUS arah selatan, di Senawang.

 

Menerusi video yang tular, seorang pemandu lori terkejut apabila lori dipandunya dibaling dengan objek keras di Kilometer 253.3 PLUS arah selatan.

remaja beri alasan 'suka-suka’ baling batu pada kenderaan dekat highway plus senawang

Rakaman berdurasi 52 saat itu juga menunjukkan pemandu berkenaan cuba mengejar pelaku, namun suspek telah melarikan diri ke dalam semak di tepi lebuhraya sebelum menghilangkan diri.

 

@mohdhaniffishak #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ #fyp #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡ #followerstiktok #followers😘thanku🙏🙏❤️❤️❤️ #follower🥺❤️ #followers➕ ♬ original sound - mohdhaniffishak

 

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, satu laporan daripada lelaki berusia 32 tahun mengesahkan lori miliknya telah dibaling dengan batu serta kayu.

 

"Kira-kira 8.15 malam Isnin lalu, polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 32 tahun iaitu pemandu lori menyatakan cermin hadapan lori miliknya dibaling kayu dan batu.

"Kejadian dipercayai 7 malam ketika kenderaan mangsa melalui Lebuhraya Plus dekat Senawang," katanya.

remaja beri alasan 'suka-suka’ baling batu pada kenderaan dekat highway plus senawang

Ekoran daripada kejadian, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000.

 

Hasil operasi dan maklumat, lima remaja telah ditahan, tiga daripadanya berusia 14 tahun dan dua lagi 15 tahun, di tiga lokasi di Senawang. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

Maklumat awal mendapati, kesemua remaja itu melakukan perbuatan berkenaan hanya untuk tujuan berseronok.

 

Sumber: HMetro