Pencarum KWSP Boleh Pindah 2% Caruman Pada Akaun Isteri, Lihat Apa Reaksi Warganet

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri.

pencarum kwsp boleh pindah 2% caruman pada akaun isteri, lihat apa reaksi warganet

Insiatif itu diperkenalkan KWSP hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui kemudahan i-Sayang, yang mana setiap bulan suami akan mencarum sebanyak sembilan peratus dengan baki dua peratus lagi dipindahkan kepada akaun isteri.

 

i-Sayang juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan. Ia boleh dimohon secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP, atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

 

Menjengah ke media sosial, rata-rata warganet mempunyai pendapat mereka tersendiri berhubung kemudahan i-Sayang yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, semalam.

pencarum kwsp boleh pindah 2% caruman pada akaun isteri, lihat apa reaksi warganet

Sumber: BH / Facebook