Ramai Peminat Sambut Ketibaan BLACKPINK Di Airport KL dan Subang

Menjelang konsert BLACKPINK yang diadakan secara langsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu, 4 Mac 2023, peminat nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk melihat idola mereka di atas pentas.

ramai peminat sambut ketibaan blackpink di airport kl dan subang

Beberapa jam sebelum bermulanya konsert jelajah dunia BLACKPINK Born Pink World Tour Kuala Lumpur, para peminat dilihat telah berkumpul di dua lapangan terbang berbeza iaitu di KLIA dan juga Lapangan Terbang Subang.

 

 

Jisoo dan Rose dilihat tiba di KLIA terlebih dahulu sambil diiringi beberapa petugas dan pihak berkuasa. Manakala Lisa dan Jennie pula tiba di Lapangan Terbang Subang sekitar jam 12.30 tengah malam.

 

 

 

 

 

 

BLACKPINK bakal mengadakan konsert kedua di negara ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 4 Mac 2023. Selain KL, BLACKPINK juga akan menggegarkan beberapa negara jiran lain termasuk di Bangkok, Singapura, Manila dan Jakarta.

 

Sumber: Twitter