Enjin carian Google merupakan cara untuk kita membuat sebarang carian maklumat dengan mudah.
.
Namun cara itu mungkin tidak lagi mendapat sambutan kerana dikatakan hampir separuh generasi Z membuat carian maklumat yang diingini melalui aplikasi Instagram dan juga Tiktok.
Misalnya, carian tentang resipi, tempat makan dan lokasi menarik, serta berita terkini, semuanya dibuat di media sosial berkenaan.
Menurut kajian, 40 peratus generasi Z (Gen Z) lebih selesa menggunakan media sosial sebagai enjin carian untuk sesuatu perkara, berbanding Google.
.
Perkara itu dimaklumkan wakil Google yang berkata fungsi media sosial seperti Tiktok menjadi pilihan ramai generasi lebih muda masa kini untuk mendapatkan pelbagai maklumat.
.
“Kira-kira 40 peratus orang muda masa kini melihat lokasi kedai makan di Tiktok dan Instagram, dan bukannya di Google Maps atau carian Google,” kata senior vice president, Prabhakar Raghavan.
.
Untuk menarik lebih ramai orang muda menggunakan Google, enjin carian popular itu telah memperkenalkan pelbagai ciri moden seperti penggunaan kamera semasa membuat carian di Google Maps.
.
Sumber: [1]