Pernahkah anda berhadapan dengan situasi jalan jem teruk namun tiada pula sebarang kemalangan atau penutupan jalan berlaku dihadapan sana?
Jem tanpa sebab ini terjadi adalah disebabkan satu fenomena fizik yang disebut sebagai Phantom Traffic Jam.
Phantom Traffic Jam ini terjadi apabila terdapat banyak kenderaan pada satu jalanraya dan apabila salah satu atau lebih kenderaan dihadapan bergerak perlahan, maka kenderaan lain di belakang akan menjadi lebih perlahan dan terhasil kesesakan trafik.
Ia biasa terjadi apabila kenderaan sering memotong dan masuk ke lorong lain, serta terjadi pada kawasan jalan raya yang berbukit, dimana kenderaan hadapan akan bergerak perlahan menyebabkan kesan domino berlaku dan akhirnya jalan disitu akan menjadi sesak.
Sama juga situasinya jika terdapat kemalangan yang berlaku di seberang jalan, namun jem teruk turut berlaku pada jalan bertentangan. Ia disebabkan sikap pemandu yang suka memperlahankan kenderaan demi menyaksikan insiden kemalangan yang berlaku diseberang jalan mereka, menyebabkan lebih banyak kenderaan di belakang terpaksa memperlahankan kenderaan, maka terjadilah kesesakan jalan raya.
Phantom Traffic Jam ini boleh dielakkan jika tabiat pemandu yang suka menukar lorong dapat diubah. Memandu pada kelajuan yang seragam juga dapat mengurangkan kesan trafik jem tanpa sebab ini daripada terjadi.
Sumber: TED Ed