Tewaskan Filem Antarabangsa, Polis Evo 3 Berjaya Raih RM1.3 juta Di Sneak Preview

Filem Polis Evo 3 yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah memulakan tayangan awal pada 24 Mei di seluruh pawagam negara.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Filem ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM1.3 juta dan menduduki tempat pertama dalam Carta Top 10 GSC Malaysia untuk kutipan tertinggi pada 24 Mei, melampaui filem antarabangsa lain.

tewaskan filem antarabangsa, polis evo 3 kini berjaya raih rm1.3 juta

Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 dan juga Naib Presiden serta Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara berkata ini adalah permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 dan juga membuktikan bahawa filem tempatan masih mampu menarik minat penonton.

 

“Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini. Kami mengharapkan berita baik ini adalah satu permulaan yang baik untuk Polis Evo 3 serta membuktikan filem tempatan masih mampu menawan hati penonton dan memberi saingan sengit buat filem antarabangsa,” katanya.

 

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana, dan lain-lain.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang kembali dengan misi terbaru. Kali ini, mereka turut disertai oleh Inspektor Dani, Inspektor Julie, dan Inspektor Dell yang memiliki kepakaran yang berbeza. Keadaan menjadi rumit apabila Inspektor Khai menjadi sasaran seterusnya. Persahabatan antara Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila mereka menyedari bahawa suspek yang mereka buru mempunyai kaitan dengan kisah lama Inspektor Khai.

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

pelakon lebih mantap, aksi lebih padu, filem polis evo 3 janjikan kualiti berbeza

Filem Polis Evo sebelum ini telah mencatatkan kejayaan dengan menjadi filem tempatan pertama yang mencapai kutipan box office melebihi RM18 juta pada tahun 2015. Manakala, Polis Evo 2 pula mencapai kutipan box office sebanyak RM23 juta pada tahun 2018.

 

Jelajah Polis Evo 3 akan berlangsung pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu dan Pahang, 2 Jun di Seremban, 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, dan Perak, serta 8, 9, 10, 11 Jun di Singapura, Johor, dan Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk akaun media sosial Astro Shaw.