Polis Buru Dua Lelaki Pukul Anjing Sampai Mati Di Pulau Pinang

Beberapa hari lalu, tular video yang memaparkan dua lelaki disyaki menyerang anjing yang terjatuh dari longkang dekat Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

polis buru dua lelaki pukul anjing sampai mati di pulau pinang

Dua lelaki itu dikatakan menyerang anjing terbabit menggunakan kayu hingga menyebabkan haiwan itu mati ditempat kejadian.

 

Susulan daripada insiden ini, Polis daerah Barat Daya kini sedang memburu dua suspek berkenaan, selepas video tindakan mereka menjadi tular di media sosial sejak Sabtu.

polis buru dua lelaki pukul anjing sampai mati di pulau pinang

Insiden dilapor bermula selepas anjing itu dilanggar motosikal berkenaan ketika ia melintas jalan dikawasan tersebut yang agak gelap dan suram.

 

Menurut satu ciapan di Twitter, suspek kemudian mencari anjing itu yang dilapor menyorok dalam longkang, sebelum ia dipukul dengan kejam sehingga mati.

 

Pihak polis berkata, dua suspek adalah lelaki tempatan yang dipercayai tinggal berdekatan tempat kejadian.

 

"Suspek menyerang anjing yang terjatuh dari longkang di tepi jalan dan saksi bertindak merakam perbuatan dua lelaki itu menerusi telefon bimbit miliknya.

"Saksi kemudian menghantar video itu kepada rakan di Petaling Jaya, Selangor sebelum ia ditular rakannya menerusi akaun Twitter menggunakan nama @syhmiee," demikian menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

polis buru dua lelaki pukul anjing sampai mati di pulau pinang

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

 

Sumber: Majoriti / BH