Sambutan Luar Biasa, Bidaan Plat FF8 Bernilai Hampir RM1 Juta

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran kenderaan FF, yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari 14 hingga 19 Mei, telah berjaya merekodkan jumlah bidaan sebanyak RM34,296,327.

sambutan luar biasa, bidaan plat ff8 bernilai hampir rm1 juta

Menteri, Anthony Loke berkata bahawa siri FF ini mencatatkan jumlah koleksi tertinggi sejak penawaran pendaftaran kenderaan dalam talian dibuka kepada orang awam melalui Sistem JPJeBid yang bermula pada 15 April 2019.

 

Berdasarkan rekod bidaan, nombor pendaftaran kenderaan dengan harga tertinggi adalah FF8, yang terjual dengan harga RM950,000. Di tempat kedua adalah FF9, terjual dengan harga RM911,999, diikuti oleh FF3 (RM639,000), FF2 (RM638,000), dan FF7 (RM633,000).

sambutan luar biasa, bidaan plat ff8 bernilai hampir rm1 juta

Dalam pada itu, Loke turut mengucapkan penghargaan kepada sambutan yang menggalakkan daripada pembida-pembida, dengan jumlah penyertaan sebanyak 34,032 orang dalam siri FF ini. Daripada jumlah tersebut, 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran yang diingini.

 

Ujarnya lagi, antara nombor yang paling popular dalam siri FF ini adalah FF199 dengan 34 orang pembida, diikuti oleh FF51 (32 pembida), dan seterusnya FF155, FF555, dan FF1688, masing-masing dengan 29 orang pembida.

 

Loke turut menekankan bahawa penawaran nombor plat melalui aplikasi JPJeBid secara dalam talian adalah manifestasi komitmen JPJ untuk menyediakan perkhidmatan digital kepada orang ramai, selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

 

Sumber: Astro AWANI