Coronavirus Boleh Dirawat, Pesakit Di Langkawi Dibenarkan Pulang

coronavirus boleh dirawat, pesakit di langkawi dibenarkan pulang

Ketika ini dunia sedang kecoh dengan serangan virus yang dikenali sebagai novel Coronavirus yang terlah bermula di Wuhan, China. Malaysia tidak terkecuali apabila beberapa kes telah dilaporkan dari semasa ke semasa.

Biarpun begitu, ramai yang tersalah anggap akan penyakit ini. Orang ramai menganggap sesiapa sahaja yang menghidap dan diserang jangkitan ini tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Walhal, itu salah!

Sebagai bukti, seorang kanak-kanak perempuan warganegara China yang menghidap penyakit ini dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dibenarkan pulang selepas ujian pengesanan ulangan yang dijalankan telah didapti negative.

Sepanjang tempoh kuarantin di hospital tersebut, kanak-kanak tersebut telah diberi rawatan dan pemerhatian secukupnya. Akhirnya, kanak-kanak ini telah kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui akaun Instagram rasmi mereka, KKM telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah merawat pesakit tersebut dengan sebaiknya.

Jadi, kepada korang semua jangan cepat panic dan menyebarkan benda yang tidak betul. Pastikan korang menerima maklumat yang tepat daripada sumber yang sahih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tidak pasti, jangan kongsi!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PESAKIT YANG DISAHKAN 2019-nCoV DI HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI, TELAH DIBENARKAN PULANG Pada 29 Januari 2020, satu (1) kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara China telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini, sampel klinikal telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut. Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua (2) kali ini, telah didapati negatif. Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang. Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China. Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat. KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang. (Kebenaran telah diberikan oleh keluarga untuk penerbitan)

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia) on

Sumber: Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia