Cara Nak Daftar Kali Pertama MyTax ezHasil 2023, Pembayar Cukai Take Note Ya!

Pembayar cukai individu dan selain individu kini sudah boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing mulai 1 sehingga 30 April 2023.

cara nak daftar kali pertama mytax ezhasil 2023, pembayar cukai take note ya!

Untuk tempoh ini, pembayar cukai pasti akan sibuk untuk mengemaskini segala perbelanjaan tahunan 2022.

 

Tahukah anda, sejak 2015 terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa mana-mana individu bekerja di Malaysia dan memperoleh gaji tahunan sebanyak RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu memfailkan cukai pendapatan.

 

Anda yang pertama kali hantar cukai pendapatan online melalui portal MyTax, pastikan anda terlebih dahulu mendaftar income tax untuk membolehkan anda mendapat nombor cukai pendapatan.

cara nak daftar kali pertama mytax ezhasil 2023, pembayar cukai take note ya!

Nombor cukai pendapatan akan diberikan melalui permohonan yang dibuat atau diberikan oleh pihak HASiL menerusi kaedah:

(a) pendaftaran automatik seperti pendaftaran nombor cukai pendapatan individu melalui potongan cukai bulanan (PCB);

(b) pendaftaran secara automatik bagi syarikat baharu diperbadankan (syarikat tempatan atau syarikat asing) yang telah mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID;

(c) secara dalam talian di e-Daftar; atau

(d) proses pendaftaran manual di Cawangan HASiL yang berhampiran.

 

Anda juga boleh membuat pendaftaran sendiri bagi mendapatkan nombor cukai pendapatan, seperti:

 

1. Pergi ke portal myTax Hasil dan lakukan pendaftaran online, login untuk isi e-filing 2023 kali pertama. Pautannya disini:

PERKARA

LINK PAUTAN

Akses Log masuk e-filing dan log in LHDNM

Akses e-filing 2023 login masuk

Terupa password atau kata laluan

https://mytax.hasil.gov.my/

terlupa kata laluan / password

cara nak daftar kali pertama mytax ezhasil 2023, pembayar cukai take note ya!

2. Kemukakan borang pendaftaran ke Cawangan HASiL yang berhampiran.

 

Semakan pendaftaran nombor cukai pendapatan juga boleh dibuat melalui:

(a) Secara dalam talian melalui MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/;

(b) HASiL Live Chat;

(c) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

(d) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL; atau

(e) Cawangan HASiL yang berhampiran.

 

Selepas itu, anda sudah boleh mula mengisi e-Filing online. Simpan kata laluan yang anda gunakan ditempat selamat untuk memudahkan anda membuat e-Filing lagi pada tahun berikutnya.

cara nak daftar kali pertama mytax ezhasil 2023, pembayar cukai take note ya!

Sumber: myTAX