Ommetaphobia, Perasaan Takut Melampau Bila Lihat Mata

Fobia merupakan satu rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terhadap apa jua perkara.

 

Salah satu daripada fobia yang pernah terjadi kepada manusia adalah ketakutan pada mata, juga dikenali sebagai “Ommetaphobia”.

ommetaphobia, perasaan takut melampau bila lihat mata

Sama seperti jenis fobia yang lain, ommetaphobia boleh menggangu kehidupan harian individu, termasuk aktiviti sosial mereka, meskipun fobia terhadap mata ini dilihat tidak membahayakan nyawa penghidapnya.

 

Ommetaphobia mungkin terjadi atas beberapa sebab seperti pernah berlaku kecederaan pada mata sendiri atau mungkin pernah melihat sesuatu yang teruk terjadi kepada mata orang lain.

ommetaphobia, perasaan takut melampau bila lihat mata

Pengalaman negatif seperti itu mungkin juga berkaitan dengan ‘mutilation phobia’. Seperti namanya, fobia jenis ini diklasifikasikan sebagai ketakutan terhadap kecederaan. Bagi sesetengah orang, ommetaphobia mungkin muncul sebagai ketakutan yang tidak realistik bahawa mata mereka juga sedang berada dalam kecederaan.

 

Sebab lain yang mungkin menyebabkan rasa takut pada mata adalah gemuruh sosial, dimana ini sering terjadi kepada mereka yang tidak yakin untuk berucap ditempat awam dan di hadapan orang ramai. Mereka takut untuk melihat mata individu lain yang sedang memerhatikan mereka, hingga menggangu tumpuan dan menyebabkan gemuruh melampau.

 

Bagi merawat masalah ini, rawatan seperti kaunseling dan terapi boleh dilakukan sekiranya pesakit berada dalam keadaan trauma yang mana ia menggangu aktiviti harian mereka. Segera dapatkan khidmat nasihat daripada pakar jika anda juga mempunyai “ommetaphobia”.

 

Sumber: Healthline