Filem Oppenheimer adalah sebuah karya seni yang mengangkat kisah yang menarik dan penting dalam sejarah dunia.
Filem ini mengisahkan kehidupan dan sumbangan ilmuan terkenal, J. Robert Oppenheimer, dalam pembangunan bom atom yang berpengaruh besar dalam Perang Dunia II.
Melalui filem ini, penonton dibawa menyelami perjalanan hidup dan kejayaan beliau dalam arena sains dan teknologi, sambil merenungi implikasi etika yang timbul daripada penemuan tersebut.
Mungkin disebabkan ia terlalu teknikal dan ‘berat’, ada segelintir penonton yang merasakan filem terbaharu karya Christopher Nolan ini membosankan.
Malah, seorang pengguna Tiwtter, @ericzhu105 berkongsi foto sedang menonton video di TikTok semasa sedang menonton filem Oppenheimer kerana merasakan durasi filem itu terlalu lama.
Menjengah ke laman Twitter (kini disebut sebagai X.com), warganet mempunyai pendapat berbeza mengenai karya Nolan yang berjudul Oppenheimer ini.
Korang yang dah tonton filem itu, apa pendapat anda?
Sumber: Twitter