Peminat Dah Tak Sabar Layan Konsert Judika And The Gang, Oktober Ini

Penyanyi, Judika bakal mengadakan satu persembahan ekslusif pada 21 Oktober 2023, jam 8 malam, di Axiata Arena, Bukit Jalil.

peminat dah tak sabar layan konsert judika malam ini, 21 oktober

Konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG’ ini bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan juga Shila Amzah, dibawakan khas oleh jenama kosmetik unggul, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Dua Anak Deo (DAD) Management.

 

“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya,” kata Judika yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.

peminat dah tak sabar layan konsert judika malam ini, 21 oktober

Dari segi temanya, ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, Judika merupakan seorang yang penyayang yang cintakan keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya yang romantis.

 

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam konsert itu nanti yang berdurasi kurang lebih 2 jam turut diserikan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

peminat dah tak sabar layan konsert judika malam ini, 21 oktober

Rata-rata peminat sudah tidak sabar lagi untuk menikmati persembahan ekslusif ini. Tiket-tiket jualan berharga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP) boleh dibeli di www.ticket2u.com.my/judika.