Pelajar Didenda Musnahkan Handphone Yang Dibawa Ke Sekolah, Warganet Kecam Guru

Seorang pelajar telah dikenakan denda memusnahkan telefon bimbit yang dibawanya ke sekolah dengan menggunakan tukul selepas dia ditangkap membawa peranti itu.

pelajar didenda musnahkan handphone yang dibawa ke sekolah, warganet kecam guru

Kejadian berlaku di Indonesia dan video berkenaan dirakam serta dikongsikan menerusi laman sosial X @sosmedkeras.

 

Dalam video tersebut kelihatan beberapa pelajar sekolah berkenaan diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan daripada mereka ditangkap membawa telefon bimbit ke sekolah.

 

Seorang pelajar perempuan dengan kertas tertera didada 'Tobat Bawa HP' kemudian diarah memusnahkan telefon bimbit yang dibawanya menggunakan tukul dihadapan pelajar lain.

pelajar didenda musnahkan handphone yang dibawa ke sekolah, warganet kecam guru

Pelajar itu dilihat memukul telefon itu berkali-kali sehingga ia berkecai di atas tanah.

 

 

Tindakan berkenaan yang dibuat sebagai denda kerana membawa barang larangan ke sekolah dilihat warganet sebagai terlalu melampau. Ada yang berpendapat guru itu boleh sahaja memulangkan telefon bimbit berkenaan kepada waris atau ibu bapa pelajar, atau menyimpannya dalam ruang terkunci yang lebih selamat.

 

Sumber: @sosmedkeras