Hanya Di Columbia, Pekerja Kematian Haiwan Boleh Cuti Dua Hari

Mana-mana pekerja di Columbia yang kematian haiwan peliharaan mereka kini dibenarkan untuk mengambil cuti berbayar selama dua hari.

hanya di columbia, pekerja kematian haiwan boleh cuti dua hari

Ia berdasarkan peruntukan undang-undang baharu yang telah dibentangkan oleh Ahli Kongres Parti Liberal, Alejandro Carlos Chacon, 48, yang mewajibkan semua majikan memberikan cuti dua hari tersebut.

 

Menurutnya, hubungan kekeluargaan bukan terhad kepada sesama manusia sahaja, malah ia turut melibatkan pelbagai spesis haiwan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seseorang.

 

“Sesetengah orang tidak mempunyai anak, tetapi mereka mempunyai haiwan peliharaan yang sangat dicintai sehingga menjalinkan ikatan yang kuat dan mendalam,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dengan adanya undang-undang seperti itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai mengatasi rasa kesedihan dan sakit akibat kehilangan haiwan kesayangan, tanpa disibukkan dengan urusan pekerjaan.

 

Jelasnya, undang-undang itu juga sangat relevan kerana majoriti penduduk Columbia mempunyai haiwan peliharaan masing-masing di rumah.

 

Sumber: [1]