Pekerja di UK Tidak Lagi Perlu Pakai Pelitup Muka

Pekerja di United Kingdom (UK) kini tidak lagi perlu memakai pelitup muka dalam suasana apa pun bermula minggu depan, demikian menurut arahan terbaru negara terbabit.

pekerja di uk tidak lagi perlu pakai pelitup muka

UK pada Rabu mengumumkan sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat varian Omicron akan ditarik semula.

 

Ia selepas data-data menunjukkan jangkitan akibat Omicron telah mencapai tahap maksimum dan kembali menurun semula di UK.

 

Justeru, arahan untuk bekerja di rumah juga akan ditarik balik dengan segera, termasuklah arahan pemakaian pelitup muka serta pas COVID-19 bagi memasuki tempat seperti kelab malam.

pekerja di uk tidak lagi perlu pakai pelitup muka

Menurut Perdana Menteri UK, Boris Johnson berkata, kempen suntikan penggalak telah memungkinkan perubahan itu berlaku.

 

Katanya lagi, lebih 36 juta suntikan penggalak telah dilakukan dengan lebih 90 peratus penduduk berusia 60an diberikan suntikan ketiga manakala kadar kes COVID-19 juga menurun dalam tempoh beberapa minggu.

 

Saintis-saintis UK juga percaya gelombang Omicron sekarang sudah mencapai tahap maksimum, namun mengingatkan bahawa pandemik COVID-19 masih lagi belum berakhir.

 

Sumber: [1]