Pegawai Bank Disyaki Buat Kad Kredit Guna Maklumat Pelanggan, Kerugian Lebih RM500 Ribu

Seorang pegawai bank tempatan telah disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri.

pegawai bank disyaki buat kad kredit guna maklumat pelanggan, kerugian lebih rm500 ribu

Kejadian yang berlaku di Taiping telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422.

 

Ekoran itu lelaki yang juga pegawai bank berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Januari lepas.

 

"Pihak berkenaan telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.

"Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad," kata Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid dalam kenyataan.

 

Pegawai bank itu telah direman empat hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 

Sumber: Astro AWANI