Pasangan Dari Malaysia Nombor Dua Paling Bahagia & Setia di Dunia – Kajian

Satu kajian dari Universiti Wroclaw di Poland mendedahkan pasangan dari Malaysia adalah yang kedua paling bahagia dan setia berbanding negara lain seluruh dunia.

pasangan dari malaysia nombor dua paling bahagia & setia di dunia – kajian

Kajian yang dibuat terhadap sejumlah responden dari 45 buah negara disoal mengenai perasaan mereka terhadap pasangan masing-masing. Ia bertujuan bagi mencari negara mana yang merekod skor tertinggi untuk pasangan kekasih atau suami isteri paling bahagian di dunia.

 

Hasil kajian mendapati, Hungary dinobatkan sebagai negara penuh kasih sayang selepas pasangan di negara itu dilapor lebih setia dan sayang antara satu sama lain. Malaysia pula berada di tempat kedua dan Portugal pula di tempat ke tiga.

pasangan dari malaysia nombor dua paling bahagia & setia di dunia – kajian

Bagi negara dengan pasangan paling tidak bahagia pula, Pakistan berada di tempat pertama, diikuti Uganda dan Korea Selatan.

 

Menurut pengkaji, wujud hubung kait positif antara hubungan bahagia pasangan dengan pembangunan sesebuah negara.

 

Sumber: Utusan / Daily Mail