The World of DC Exhibition – Pertama Di Asia Kini Berada Di Tropicana Gardens Mall

Wow Event Asia kini mengadakan The World of DC Exhibition di Tropicana Gardens Mall Convention Centre bermula pada 23 Disember 2022 sehingga 1 April 2023. Ini merupakan pameran terbesar DC yang pertama di Asia.

Yang lebih menarik, peminat DC boleh bertemu dengan Super Hero dan Super-Villains kegemaran mereka di sini kerana terdapat penampilan wira DC yang ikonik termasuk lah Superman, Batman, Wonder Woman,  Aquaman dan banyak lagi wira yang lain. 

the world of dc exhibition – pertama di asia kini berada di tropicana gardens mall

Di pameran ini ia akan menampilkan prop filem, seni konsep, pakaian, pameran bersaiz sebenar dan elemen interaktif, bersama-sama dengan barangan eksklusif Super Hero dan Super-Villains DC.

Perasmian The World of DC Exhibition di Tropicana Gardens Mall ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Pengurus Besar Beast Kingdom Asia Tenggara Yee Shiuh Lam, Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana Dion Tan, Pengarah WOW Event Asia, Mary Koh dan Encik Wong Jyb Sheng serta Encik Andrew Ashvin, Pengarah Urusan Tropicana Gardens Mall. 

"Dengan pembukaan semula sempadan, kami melihat semakin banyak acara menarik di seluruh negeri Selangor. Sebagai pintu masuk ke Malaysia, kami berbangga untuk menganjurkan acara antarabangsa seperti "The World of DC Exhibition", kata Menteri Besar Selangor Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Bin Shari semalam. 

"The World of DC Exhibition" menampilkan tujuh zon bertema yang memfokuskan pada watak dan tema tertentu. Ini terdiri daripada Dawn of Justice, menampilkan Superman dan Batman, Kebangkitan Super-Villains, Birds of Prey dan Suicide Squad, serta kawasan barangan runcit di mana orang ramai boleh membeli barangan DC di sini. 

Tiket masuk "The World of DC Exhibition" berharga RM38 untuk kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun, RM55 untuk pemegang MyKad, RM65 untuk bukan pemegang MyKad dan RM150 untuk tiket Express. Manakala, kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur tiga tahun. 

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai seperti berada di alam SuperHero di "The World of DC Exhibition".