Kajian terbaru mencadangkan orang ramai boleh kehilangan deria humor mereka pada usia 23 tahun.
Dalam kajian yang dijalankan dua ahli akademik sekolah perniagaan dari Universiti Standford di California, mendedahkan bahawa kekerapan orang ketawa atau tersenyum setiap hari mula merudum apabila mereka mencapai umur 23 tahun.
Penemuan itu diterbitkan dalam buku berjudul Humour, Seriously yang ditulis Jennifer Aaker, profesor psikologi di Stanford Graduate School of Business, dan Naomi Bagdonas, pensyarah di universiti itu.
Dalam buku tersebut, penyelidik Aaker dan Bagdonas menggariskan penemuan daripada tinjauan 1.4 juta orang dari 166 negara berbeza yang mengira jumlah mereka ketawa atau tersenyum dalam sehari.
Kedua-dua penyelidik itu mendapati bahawa purata umur yang mana seseorang itu mula tersenyum dan kurang ketawa adalah 23 tahun, menyebabkan mereka percaya bahawa memasuki dunia pekerjaan mungkin adalah penyebabnya.
“Kita membesar, memasuki dunia pekerjaan dan tiba-tiba menjadi ‘orang yang serius dan penting’, menggantikan ketawa untuk tali leher dan seluar,” tulis penulis, menurut The Times.
Jelas Aaker dan Bagdonas, perkara itu berpunca daripada humor yang kurang dimanfaatkan dalam dunia pekerjaan.
Bagaimanapun, jika ia digunakan dengan betul, ia boleh menjadi kuasa besar korporat.
Sementara itu, mereka juga mendapati menerusi kajian yang dijalankan bahawa purata kanak-kanak berusia empat tahun ketawa hingga 300 kali sehari.
Berbeza dengan individu dewasa berusia 40 tahun yang ketawa hingga 300 kali dalam tempoh 10 minggu.
“Walaupun anda tidak selesa menjadi kelakar, selagi anda memahami nilai jenaka di tempat kerja, anda boleh mendapat manfaat daripadanya.”
Sumber: [1]